Salam

Monday 24 October 2011

PENANDA WACANA

Penanda wacana digunakan untuk menulis ringkasan dan pemahaman, karangan.

i) Penanda wacana untuk memulakan karangan

1. Pada era globalisasi ini,
2. Dalam meniti arus kemodenan ini,
3. Dewasa ini,
4. Pada masa ini,
5. Kini,
6. Dasawarsa ini,
7. Sejak sedekad yang lalu,
8. Kebelakangan ini,
9. Belakangan ini,
10. Sejak akhir-akhir ini,
11. Baru-baru ini,
12. Umum mengetahui bahawa,
13. Sejak zaman-berzaman
14. Sejak dahulu lagi
15. Pada tahun-tahun belakangan ini,

CERITA-CERITA TELADAN

Jenazah Berubah Menjadi Babi Hutan
Seorang anak mendatangi Rasulullah sambil menangis. Peristiwa itu sangat mengharukan Rasulullah S.A.W yang sedang duduk bersama-sama sahabat yang lain.
"Mengapa engkau menangis wahai anakku?" tanya Rasulullah. "Ayahku telah meninggal tetapi tiada seorang pun yang datang melawat. Aku tidak mempunyai kain kafan, siapa yang akan memakamkan ayahku dan siapa pula yang akan memandikannya?" Tanya anak itu. Segeralah Rasulullah memerintahkan Abu Bakar dan Umar untuk menjenguk jenazah itu. Betapa terperanjatnya Abu Bakar dan Umar, mayat itu berubah menjadi seekor babi hutan. Kedua sahabat itu lalu segera kembali melapor kepada Rasulullah S.A.W.

JENIS-JENIS AYAT

Ayat perintah.

Ayat perintah bertugas untuk menyatakan sesuatu yang berupa perintah, larangan, suruhan, permintaan, ajakan, silaan, doa, dan harapan.

Ayat contoh:
1) Berdiri di atas kerusi itu.
2) Ikat tali kasut anda dengan betul.
3) Jangan pergi ke sungai yang dalam airnya.
4) Tolong angkat baju itu.
5) Mengucaplah banyak-banyak.
6) Sila jamu selera.
7) Syukurlah kamu sudah kembali.
8) Harap-harap hari tidak hujan.

Ayat nafi

Ayat nafi ditandai oleh adanya kata "bukan" dan "tidak". Secara umum, ayat nafi digunakan untuk menafikan atau menidakkan sesuatu, umpamanya:

Ayat contoh:

1) Dia tidak berpengalaman, tetapi cekap.
2) Aurora bukan jururawat, tetapi doktor.

PANTUN EMPAT KERAT

Buah Durian buah berduri,
Mari kita makan bersama-sama,
Jika kita tercucuk duri,
Tentulah sakitnya itu terasa.

Doraemon dan Nobita sangat gembira,
Giant dan Sinyu sangatlah sombong,
Dengan kawan haruslah mesra,
Jika berkawan janganlah sombong.

PENJODOH BILANGAN DAN PENGGUNAAN

1.Penjodoh bilangan adalah kata yang digunakan bersama-sama dengan
kata bilangan.

2. Penjodoh bilangan digunakan untuk menentukan sesuatu benda
mengikut bentuk, rupa, saiz, dan sebagainya.

3. Yang berikut ialah beberapa contoh penjodoh bilangan serta
penggunaannya.


      a)  Baris
           Untuk benda yang bersusun atau orang yang beratur seperti kedai, pokok, orang dan sebagainya